Teknologi Komunikasi WAP

Salah satu teknologi komunikasi interaktif terkini di Malaysia ialah perkhidmatan WAP. WAP atau Wireless Application Protocol merupakan protokol baru dan juga merupakan satu teknik penyampai dan mengakses maklumat yang canggih. Hanya telefon mudah alih yang terkini sahaja yang menyokong perkhidmatan ini. Melaluinya pengguna boleh menggunakan perkhidmatn internet dan beberapa lagi perkhidmatan baru contohnya seperti mengakses berita semasa dan maklumat bursa saham. 

Sebenarnya WAP merupakan protokol ynag terhasil daripada perkembangan protokol ‘Wireless Data’ yang telah ada sekarang. Sebuah versi piawaian HTML/IP yang efisien dicipta khas untuk memindahkan maklumat antara rangkaian telefon mudah alih dengan internet. Terminal-terminal tanpa wayar dengan ‘HDML microbrowser’ atau pelayar mikro HDML(handled Device Markup Language) dan HDTP(Handled Transport Protocol) akan berhubung kepada pelayan dan seterusnya berhubung dengan internet atau intranet yang merupakan pusat di man maklumat-maklumat berada. 

Kemudahan WAP dalam sesebuah telefon mudah alih adalah menggunakan pelayar mikro. Ia digunakan untuk: 

1. Membuat arahan dalam WML(Wireless Markup Language) yang merupakan bahasa kembangan daripada HTML. Biasanya ia digunakan dalam rangkaian tanpa wayar. 

2. Mengambil alih maklumat dari sebuah pelayar internet sama ada dalam format piawai atau dalam format yang telah disediakan bagi peralatan rangkaian tanpa wayar mengguna arahan dalamWML tadi. 

3. Informasi yang diminta ini kemudian akan dikirim oleh ‘WAP GATEWAY’ ke pengguna yang mengguna telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP tersebut. 


Terdapat beberapa faktor yang menarik minat pengguna mendapatkan perkhidmatan WAP dalam telefon mudah alih mereka. Antaranya ialah: 

1. Menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat di internet melalui telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP tersebut 

2. Di Malaysia perkhidmatan WAP ini didokong oleh beberapa syarikat industri telefon mudah alih yang besar seperti NOKIA, Ericsson, Motorola dan sebagainya. Ini akan menarik minat pengguna kerana telefon yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang disebutkan diatas amat diminati. 

3. Pengunaan komputer untuk mengakses maklumat di internet hanya terhad di satu tempat sahaja kerana ia tidak mudah alih. Penggunaan Laptop mungkin salah satu penyelesaiannya tetapi pengguna lebih gemar menggunakan peralatan yang lebih kecil dan boleh di bawa ke mana-mana. 


Namun di sebalik kabaikan-kabaikan di atas, terdapat juga keburukan perkhidmatan WAP ini. Antaranya ialah: 

1. Sangat susah untuk melakukan proses pengkonfigurasian telefon mudah alih yang dapat mengaplikasikan perkhidmatan WAP. 

2. Penggunaan kemudahan Short Message Service(SMS) masih lagi meluas berbanding perkhidmatan WAP. Ini kerana pembayaran caj perkhidmatan SMS lebih murah berbanding WAP. Tambahan pula perkhidmatan WAP kurang didedahkan kepada semua peringkat pengguna. 

3. Piawaian WAP masih lagi kurang lengkap. 

4. Capaian maklumat di internet adalah terhad. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih tidak dapat mengakses maklumat-maklumat daripada internet seperti mana mengakses maklumat-maklumat melalui komputer. 

Perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih adalah satu teknologi tercanggih di masa kini. Penggunaannya yang banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna ini perlulah diperluaskan lagi.

Subscribe to receive free email updates: